Ahad, 25 Mac 2012

Koleksi buku

Rahsia Menambat Hati Pelanggan

RM 39.90
postage:
semenanjung: RM 6
sbh/srwk: RM 9

Dengan tagline Ilmu Pelaris Jualan Terbongkar, Rahsia Menambat Hati Pelanggan merupakan buku yang dedahkan dan kongsikan kepada anda bagaimana peranan,kepentingan,panduan dan kehebatan seorang jurujual dalam sesebuah perniagaan tidak kira samada syarikat gergasi mahupun syarikat berskala kecil-kecilan.Jualan adalah segala-galanya bagi perniagaan.Jika strategi yang diguna pakai adalah salah dan tidak tepat maka dalam laporan kewangan tahunan yang tinggal hanyalah RUGI,RUGI dan selamanya RUGI!

Saudara Mohd Fathuallah Mohd Nawi adalah penulis dan pemilik Rahsia Menambat Hati Pelanggan.Keghairahan beliau dalam bidang perniagaan bermula sejak tahun 1995 dimana beliau pernah melakukan beberapa kerjaya berbeza di pelbagai sektor dan industri.


Tolonglah Jual kepada Saya

RM 20
postage:
semenanjung: RM 6
sbh/srwk: RM 9

Tolonglah Jual kepada Saya

oleh Seth Godin


ISBN-13: 978-967-369-137-1

Tarikh Terbit: 18 Nov 2011

Jumlah Muka Surat : 208

Kategori: Bisnes & Pengurusan

Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd


SINOPSIS

Buku ini mendedahkan teknik pemasaran terbaru sehingga pelanggan merayu-rayu mahu membeli produk kita.

Dengan teknik pemasaran terhebat di dalam buku ini, para pelanggan sanggup mendengar promosi daripada kita secara sukarela. Pelanggan juga tidak terganggu, suka kepada produk kita, dan lebih cenderung membeli dari kita.

Usah buang masa mengganggu orang yang tidak berminat. Promosikan produk kepada pelanggan yang berminat dan mahu membeli sahaja.

Buku ini mendedahkan teknik:

Mengenali tanda-tanda pelanggan yang mahu membeli

Mempengaruhi pelanggan sehingga mereka sanggup membeli

Mengukuhkan jenama produk dan kepercayaan pelanggan

Menjual berulang-ulang kali kepada pelanggan yang sama

Tiada orang yang suka diganggu dan semua orang bencikan iklan yang mengganggu mereka. Buku ini membantu kita merangka promosi yang disukai dan ditunggu-tunggu oleh pelanggan.


Minda Jutawan Gaya Trump

oleh Nazri Kadir, Shah Kadir



Harga: RM 15.00
postage:
semenanjung: RM 6
sbh/srwk: RM 9


ISBN-13: 978-967-369-143-2

Tarikh Terbit: 13 Dec 2011

Jumlah Muka Surat : 168

Kategori: Bisnes & Pengurusan

Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd



SINOPSIS

Kuasai minda kita dan kita boleh menguasai dunia. Memiliki minda jutawan pula mempercepatkan kejayaan kita menjadi jutawan. Trump adalah ikon dan personaliti terbaik yang memiliki minda jutawan. Buku ini membongkar kehebatan Minda Jutawan Trump.

- Kebebasan Kewangan
Orang miskin bekerja untuk wang, tetapi orang kaya mempunyai wang yang bekerja untuk mereka. Memiliki Minda Jutawan Trump membolehkan kita mencapai kebebasan kewangan. Harta kekayaan semakin bertambah dan hidup juga bebas daripada menjadi hamba kepada wang.

- Buat Apa yang Kita Suka
Jutawan hanya melakukan apa yang mereka suka. Buat apa yang kita suka dan duit akan datang menyusul. Hidup terlalu singkat untuk melakukan perkara yang kita benci. Prinsip Minda Jutawan Trump adalah; Lakukan apa yang kita cinta, atau cintai apa yang kita lakukan.



- Berjimat cermat
Trump hanya membeli produk yang terbaik dengan harga yang murah. Beliau mempunyai banyak duit tetapi tidak segan meminta harga barang dikurangkan serendah yang boleh. Trump hanya membuat keputusan yang terbaik bagi menjimatkan kos dan tidak suka membazirkan wang.



- Bunuh Penyangak Wang
Wang kita hilang tanpa disedari dan dikebas oleh penyangak wang. Bank adalah penyangak wang yang paling berkuasa dan musuh terbesar kita. Minda Jutawan Trump mampu mempergunakan bank sebagai senjata mencapai kekayaan.

“Apa yang anda impikan menentukan apa yang anda lakukan. Jika anda tidak mengimpikan sesuatu yang besar, anda tidak akan melakukan sesuatu yang hebat pun dalam hidup anda.”
- Trump


Miliki Minda Jutawan Gaya Trump dan capai kebebasan kewangan kita sekarang juga



Rahsia Bisnes Isteri Nabi: Khadijah

oleh Ashadi Zain



Harga: RM 14.00

postage:
semenanjung: RM 6
sbh/srwk: RM 9


ISBN-13: 978-983-3586-99-8

Tarikh Terbit: 10 Mar 2010

Jumlah Muka Surat : 112

Kategori: Bisnes & Pengurusan, Keusahawanan

Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd



SINOPSIS



Kita mengenalinya sebagai kekasih Nabi. Kita juga mengenalinya sebagai isteri Nabi. Kita juga mungkin mengenalinya sebagai usahawan yang berjaya. Tetapi, berapa ramaikah antara kita yang mengetahui apa yang tersirat daripada tersurat, apa yang menjadi rahsia daripada yang nyata?



Bersama kita membongkar rahsia yang tersembunyi di sebalik tindakan Khadijah sebagai usahawan dan aplikasinya dalam bidang perniagaan. Ia juga sememangnya dapat dipraktikkan dalam perniagaan anda sendiri. Antaranya:



Apakah faktor business matching atau pemadanan perniagaan dalam mennetukan kejaayan Khadijah.

Bagaimanakah pelaksanaan mudarabah antara khadijah dan Nabi Muhammad.

Bagaimanakah pembezaan atau differentiation berlaku dalam perniagaan Khadijah?



Jejak Bisnes Rasul

oleh Aizuddinur Hj Zakaria, Mohamed Sulaiman Ph.D


Harga: RM 29.00
postage:
semenanjung: RM 6
sbh/srwk: RM 9


ISBN-13: 978-967-5226-85-4

Tarikh Terbit: 2 Feb 2010

Jumlah Muka Surat :

Kategori: Bisnes & Pengurusan, Keusahawanan

Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd


SINOPSIS
Nabi Daud pakar bertukang besi. Nabi Sulaiman terkenal dengan kerajaan dan pemerintahannya. Nabi Nuh hebat membangun kapal. Manakala Nabi Isa pula pandai ilmu perubatan. Siapa sangka nabi dan rasul utusan terakhir merupakan insan paling unggul dalam pengurusan bisnes, Muhammad bin Abdullah SAW. Berketurunan Quraisy yang bermaksud 'hartawan'. Jejak Bisnes Rasul, mengajak kita meneropong sejarah tinggalan Muhammad SAW melalui dimensi bisnes. Kita boleh merenung semula cara mengurus manusia dan bisnes yang klasik dan malar segar sepanjang zaman.

Makan Gaji tetapi Kaya (Edisi Kemas Kini)

oleh Shamsuddin Abdul Kadir


Harga: RM 20.00
postage:
semenanjung: RM 6
sbh/srwk: RM 9


ISBN-13: 978-967-369-023-7

e-ISBN: 978-967-369-165-4

Tarikh Terbit: 25 Jun 2010

Jumlah Muka Surat : 200

Kategori: Bisnes & Pengurusan, Kewangan

Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd



SINOPSIS

Bekerja makan gaji bermaksud bekerja dengan dibayar gaji yang tetap setiap bulan. Bekerja makan gaji memang selesa dan kurang berisiko berbanding seorang usahawan. Namun, Timbul juga keinginan yang meluap-luap oleh si pekerja makan gaji bagi mengumpulkan harta tambahan untuk anak-anak mereka.

Mahu tambah pendapatan dan harta, tanpa berhenti kerja makan gaji? Berkawanlah dengan buku ini.

Makan Gaji tetapi Kaya (Edisi Kemas Kini) akan membantu kita bagi mengenali beberapa teknik:

- Bagaimana menjana pendapatan aktif
- Bagaimana menjana pendapatan pasif
- Bagaimana mengurus wang keluar masuk
- Bagaimana melabur wang dalam pelaburan hartanah

Shamsuddin Kadir, perintis teori Smart Kaya yang mengutamakan prinsip melonjak kekayaan dengan bermodalkan apa sahaja yang ada di tangan. Makan Gaji tetapi Kaya kali ini, dalam edisi kemas kini menampilkan beberapa tip Smart Kaya berserta input segar yang lain, bertepatan dengan cuaca ekonomi semasa di Malaysia.



Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa

oleh Ustaz Azhar Idrus



Harga: RM 15.00
postage:
semenanjung: RM 6
sbh/srwk: RM 9


ISBN-13: 978-967-366-102-2

Tarikh Terbit: 13 Sep 2011

Jumlah Muka Surat : 200

Kategori:

Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd



SINOPSIS

Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Isu Semasa menjawab persoalan-persoalan semasa yang sering dihadapi oleh umat Islam dan ada juga persoalan rumit yang mencabar pemikiran dan ilmu seseorang bagi menjawabnya. Soalan ini adalah hasil kompilasi persoalan daripada orang awam kepada Ustaz Azhar Idrus. Kini ia dibukukan bagi dikongsikan jawapannya kepada tuan puan.




Dahsyatnya Qiamullail

Harga: RM 10.90
postage:
semenanjung: RM 6
sbh/srwk: RM 9


ISBN-13: 978-983-3372-50-8

ISBN-10: 983-3372-50-3

Tarikh Terbit: 15 Jan 2010



Kategori: Bantu Diri, Bantu Diri Umum, Motivasi & Inspirasi, Islam, Gaya Hidup, Islam Umum

Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd



SINOPSIS

Tahukah anda, malam adalah waktu yang dahsyat dan menakjubkan?

Malam adalah waktu yang ditaburi seribu keberkatan dan kemuliaan.

Di sebalik dengkuran kebanyakan manusia yang lena dibuai mimpi, ramai juga yang berjaya mencapai pencerahan jiwa dan merasai puncak kenmanisan iman.

Rasulullah melalui peristiwa israk dan mikraj pada waktu malam. Allah memberikan petunjuk kepada Nabi Musa pada waktu malam. Nabi Ibrahim menemui hakikat Tuahn pada waktu malam. Quran dan kitab-kitab terdahulu juga diturunkan pada waktu malam. Bahkan banyak lagi deretan peristiwa spiritual yang dahsyat berlaku dalam kepekatan malam.

Dahsyatnya Qiamullail menyingkap rahsia di sebalik kedahsyatan hikmah, keberkatan dan kemuliaan yang diberikan Allah pada waktu malam khususnya bagi umat Islam.

365 Tip Sihat Gaya Rasulullah

HARGA: RM 10.90
postage:
semenanjung: RM 6
sbh/srwk: RM 9

ISBN-13: 978-983-3372-71-3

ISBN-10: 983-3372-71-6

Tarikh Terbit: 19 Jan 2010



Kategori: Bantu Diri, Imej, Minda, Motivasi & Inspirasi, Islam, Gaya Hidup, Kesihatan, Kesihatan Umum

Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd



SINOPSIS

Setiap manusia dambakan kesihatan.

Bukan sekadar kesihatan fizikal, bahkan kesihatan emosi, rohani dan sosial.

Ini kerana, badan yang sihat, emosi yang seimbang, jiwa dan rohani yang tenang dan hubungan sosial yang harmoni dapat menjadi wahana kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.

Sebenarnya, resipi kesihatan yang menyeluruh dan holistik ini sudah diajarkan oleh Rasulullah kepada kita melalui rutin harian kehidupannya sehari-hari.



365 Tip Sihat Gaya Rasulullah merumuskan panduan gaya hidup sihat berdasarkan konsep kesihatan islami dan alami yang sudah diajarkan oleh Rasulullah kepada kita 1400 tahun yang lampau. Panduan itu diperincikan dalam 365 tip harian yang dapat dipraktikkan dalam tempoh setahun. Ia bukan sekadar menyentuh aspek kesihatan fizikal, bahkan ia juga memperjelaskan aspek penjagaan kesihatan rohani, emosi dan sosial.

Sesiapa sahaja mampu mempraktikkan tip-tip ini dengan mudah.

Anda ingin kekal sihat dan bertenaga sepanjang kehidupan? Rahsianya ada di dalam buku ini.


Anda Bertanya Ustaz Menjawab mengenai Solat

oleh Rohidzir Rais

Harga: RM 40.00

postage:
semenanjung: RM 7
sbh/srwk: RM11.50

ISBN-13: 978-967-366-035-3

Tarikh Terbit: 23 Mar 2011

Jumlah Muka Surat : 440

Kategori: Islam, Fekah

Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd



SINOPSIS

MUKADIMAH SOLAT SEMPURNA

Solat adalah ibadah utama selepas kesaksian terhadap keesaan Allah dan kerasulan Nabi Muhammad. Membandingkan ibadah solat dengan ibadah-ibadah lain mungkin dapat menjelaskan keunikan dan keutamaannya.

501 Soal Jawab Darah Wanita

oleh Muzayyanah Abdullah, Rohayati Bakri


Harga: RM 20.00

postage:
semenanjung: RM 6
sbh/srwk: RM 9

ISBN-13: 978-967-366-027-8

Tarikh Terbit: 25 Aug 2010

Jumlah Muka Surat : 304

Kategori: Islam, Fekah, Gaya Hidup

Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd



SINOPSIS

Menstruasi atau haid yang lebih dikenali 'datang bulan' merujuk kepada satu fisiologi tetap dan teratur yang dialami oleh perempuan yang berada dalam lingkungan umur yang berupaya mengandung. Semasa kedatangan haid, seorang wanita akan kehilangan darah. Tempoh kesuburan seorang wanita dicirikan dengan ritma pada rembesan hormon yang diperlukan bagi pembiakan. Corak ritma ini dikenali sebagai kitaran haid.


0 ulasan:

Catat Ulasan